Pengenalan

Galeri ini ditubuhkan untuk mempamerkan kerjasama antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Durham University, United Kingdom. Pada tahun 2019, memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua universiti. Sebanyak 30,000 halaman dokumen Koleksi Malcolm MacDonald telah diperoleh UniSZA daripada Durham University. Antara bahan yang dipamerkan dalam galeri ini ialah dokumen mengenai perlembagaan dan undang-undang di Tanah Melayu selepas merdeka. Kewujudan galeri ini memberi peluang kepada generasi hari ini untuk melihat dokumen sejarah negara serta menjadi rujukan kepada para sejarawan. Usaha untuk mendapatkan dokumen ini telah diusahakan oleh Profesor Dato Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA dan Profesor Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). UniSZA amat bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang diketuai oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee bin Malik. Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Produk Islam dan Tamadun Melayu (INSPIRE), UniSZA telah diamanahkan untuk melaksanakan projek pendigitalan dan penyelidikan berkaitan dokumen ini.

Galeri Manuskrip Realiti Maya

  • 1 Pergerakan
    Bergerak menggunakan butang WASD atau butang anak panah. Pergerakan agak perlahan tetapi pasti bergerak.
  • 2 Pergerakan kamera
    Tekan klik kiri tetikus dan gerakkan untuk mengubah pandangan kamera.
  • 3 Main dalam mod skrin penuh
    Klik butang skrin penuh di bawah untuk bermain dalam mod skrin penuh.