- Manuscripts Collection of Past Scholars Terengganu
- Federation of Malay Land Manuscripts Collection
- Manuscripts Collection of Malay Scholars In Saudi Arabia
- Manuscripts Collection of Malay Scholars in Aceh & Riau Islands
- Manuscripts Collection of Malay Scholars In Pattani
- Manuscript Collection of Terengganu Palace & Brunei Sultanate
- Malay Scholars' Manuscript Collection in Kedah
- Manuscript Collections of Paris-Sorbonne University, Leiden & Portugal University



Title
Sifat 20
Description
Naskhah manuskrip ini dicatat sebagai bertajuk Sifat Dua Puluh, iaitu 20 sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. Namun begitu, kandungannya turut merangkumi penerangan tentang sifat-sifat para rasul serta Rukun Islam dan Rukun Iman.
Sifat dua puluh yang dinyatakan disertakan dengan dalil akal dan dalil daripada al-Quran.
Berdasarkan bentuk tulisan, didapati bahawa naskhah ini ditulis oleh dua orang penulis yang berbeza.
Naskhah ini juga didapati terbahagi kepada tiga bahagian kerana bahagian pertama (m.s: 1-18) dan ketiga dimulai dengan lafaz basmalah (m.s: 25-36). Bahagian pertama diakhiri dengan lafaz Allahu a’lam dan bahagian ketiga diakhiri dengan tammat al-kalam. Kedua-dua bahagian ini ditulis oleh penulis yang sama berdasarkan bentuk tulisan yang sama. Manakala bahagian kedua (m.s: 19-24) pula tidak dimulakan dengan lafaz basmalah dan lafaz penutup yang jelas dan ditulis oleh penulis yang berbeza.
Tercatat diakhir bahagian ketiga naskhah ini:
الحقير عليموسى . Nama ini mungkin merujuk kepada penulis bahagian pertama dan kedua naskhah ini.
Meta data
Reference number: | 1989-149 |
Subjects: | Creed |
Language: | Malay |
Source
Source institution: | Muzium Negeri Terengganu |
Phone number: | +609-6321200 |
Website url: | https://museum.terengganu.gov.my/ |