This manuscript is accessible to public.
Please login or register as a researcher to access the full manuscript.
Naskhah ini tidak berjudul dan berkemungkinan mengandungi lebih daripada satu kitab dan juga penyalin kerana bentuk tulisan yang agak berbeza antara helaian-helaian 2-27 (pdf) dan helaian-helaian 28-40 (pdf).
Naskhah ini tidak lengkap kerana helaian pertama (helaian ke-28 pdf) yang berkaitan ilmu nahu kelihatan dimulakan dengan perkataan yang sepatutnya termasuk ke dalam ayat sebelumnya yang tiada dalam naskhah ini.
Matannya dalam Bahasa Arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang ditulis di bahagian bawah perkataan Bahasa Arab.
Permulaan naskhah ini mengandungi beberapa istilah dalam ilmu nahu bahasa Arab yang kelihatan disalin dua kali kerana terdapat pengulangan pada helaian ke 9 pdf dengan sedikit perbezaan. Hal ini hanya terdapat pada helaian ke-2 dan ke-9 pdf sahaja.
Antara kedua helaian ini terdapat maklumat tentang angka dan gantinama serta tasrif kata kerja dalam Bahasa Arab.
Helaian 9-27 pdf merupakan catatan yang lebih lengkap bagi bahagian pertama naskhah ini kerana selepasnya turut diulang angka, ganti nama dan tasrif yang terdapat sebelumnya serta istilah lain yang terdapat dalam ilmu nahu dan sarf.
Bahagian kedua naskhah ini berkaitan ilmu nahu bermula dengan tajuk al-maf’ul bih daripada jenis gantinama, diikuti bab al-masdar, al-hal, al-tamyiz, al-istitsna’ hingga akhir bab al-mansubat. Naskhah ini berakhir dengan bab al-makhfudhat. Semua tajuk ini dibincangkan secara ringkas sahaja.
| Author's name | Tiada |
| Number of books in the manuscript | Tidak pasti |
| Specialization field | Nahu, Sarf Bahasa Arab |
| Date of writing | Tiada |
| Place of writing | Tiada |
| Copyist's name | Tiada |
| Date of copying | Tiada |
| Place of copying | Tiada |
| Manuscript condition | Baik |
| Completeness status | Tidak lengkap |
| Number of pages | 42 |
| Number of volumes | 1 |
| Pagination style | Angka dan Kata Penarik |
| Beginning |
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ ضُمٌ رَفْعٌ نَصْبٌ فَتْحٌ بارس دهدفن مثل بارس داتس مثل كَسْرٌ جَرٌّ خَفْضٌ جَزْمٌ بارس دباوه م م ماتي |
| Ending |
وأما التابع للمخفوض فقد تم ذكره في المرفوعات انتهى |
| Language | Arab dan Melayu (Jawi) |
| Number of words per line | Helaian pertama 7 perkataan termasuk Basmalah 4 - 6 perkataan |
| Number of lines per page | 2 - 9 baris |
| Ink color | Hitam dan merah |
| Script style | Tidak pasti |
| Manuscript cover type | Kertas |
| Number of bindings | 1 |
| Cover color | Putih |
| Paper type | Anyaman |
| Watermark | Tiada maklumat |
| UniSZA number | PPM01.LMNT.09 |
| Ownership (Tamalluk) |
Lembaga Muzium Negeri Terengganu |