18 Oktober 2025 ยท General
๐ ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฌ @ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ฎ ๐๐๐๐
๐๐ง๐ข๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐จ๐ฅ๐๐๐จ๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข ๐๐ข ๐
๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐๐ฅ ๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฌ @ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ฎ ๐๐๐๐
Kuala Nerusโ Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus memperkukuh peranan sebagai universiti berteraskan komuniti dan inovasi melalui penyertaan aktif dalam Festival of Ideas (FOI) @ Terengganu 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak.
Festival anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama UniSZA ini menghimpunkan universiti, industri dan komuniti dalam satu platform bagi memperkasa ekosistem inovasi, TVET serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datoโ Prof. Dr. Azlinda Azman yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.
Dalam teks ucapan beliau, YB Menteri menzahirkan penghargaan kepada UMT dan semua institusi pendidikan tinggi termasuk UniSZA atas komitmen memperkukuh budaya inovasi serta kolaborasi strategik di peringkat negeri dan nasional.
โFestival of Ideas bukan sekadar acara, tetapi simbol kesepaduan universiti dan masyarakat dalam membina masa depan berasaskan idea, inovasi dan kemahiran,โ katanya.
Melalui penganjuran FOI 2025, UniSZA memperlihatkan kekuatan penyelidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk teknologi makanan, kesihatan, keusahawanan, pertanian dan kemasyarakatan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Naib Canselor UniSZA, Prof. Datoโ Dr. Fadzli bin Adam berkata, penyertaan UniSZA dalam FOI 2025 membuktikan keupayaan universiti sebagai peneraju ilmu dan inovasi di Pantai Timur.
โUniSZA sentiasa komited melahirkan graduan berfikiran kreatif serta penyelidik yang mampu menghasilkan penyelesaian berimpak tinggi untuk masyarakat dan industri. FOI menjadi pentas terbaik untuk mengetengahkan hasil penyelidikan kami yang relevan dan berdaya guna,โ katanya.
Tambah beliau, kolaborasi strategik antara UniSZA dan UMT melalui platform seperti ini turut memperkukuh sinergi pendidikan tinggi Terengganu dalam menyokong agenda TVET dan pembangunan ekonomi negeri.
Festival yang merangkumi pameran inovasi, teknologi, seni, warisan serta 1001 Muslim Inventions itu turut mendapat sambutan hebat daripada pelajar, penyelidik dan komuniti, menjadikan FOI sebagai jambatan yang menghubungkan ilmu, kreativiti dan nilai kemanusiaan.
Penyertaan UniSZA dalam FOI 2025 bukan sekadar mempamerkan hasil inovasi, tetapi memperkukuh peranan universiti dalam membina masa depan negara yang berteraskan ilmu, kemahiran dan keinsanan.
Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
#unisza
#UniversitiSultanZainalAbidin
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA