RISALAH KANAK-KANAK SEMBAHYANG FARDHU DAN SUNAT

TIADA

Manuskrip
Akses terbuka
Katalog MY
652 tontonan Simpan

Manuskrip

Halaman ini telah lama dibuka, atau anda telah dilog keluar. Muat semula untuk terus membaca.
Membuka manuskrip… Memuatkan halaman …
Menyediakan halamanMemuatkan halaman …

Halaman ini masih disediakan.

Halaman ini tidak dapat dimuatkan.

Log masuk atau daftar sebagai penyelidik untuk membaca manuskrip penuh.

Katalog

Disemak oleh pengesah pada 22 November 2026.

Pengarang dan judul
Nama Pengarang
TIADA
Judul Manuskrip
RISALAH KANAK-KANAK SEMBAHYANG FARDHU DAN SUNAT
Bilangan Kitab Dalam Naskhah
1
Bidang Pengkhususan
Fiqh
Tarikh Dikarang
Tiada
Tempat Dikarang
Tiada
Nama Penyalin
Tiada
Tarikh Disalin
Mula: Tiada, Tamat: 4 Zulkaedah 1324 H (Khamis)
Tempat Disalin
Tiada
Keadaan dan halaman
Keadaan Manuskrip
Baik
Status
Lengkap
Jumlah Halaman
34
Jumlah Jilid
1
Pernomboran Halaman
Angka, Kata Penarik
Awalan dan akhiran
Awalan

اين سواة رسالة يڠ ساعة كچيل لاك ساڠة فندق ممودهكن بك كانق٢ برلاجر سمبهيڠ فرض دان سنة دمكينله اداڽ (موك دڤن)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

برمول فرض مندي اية تيك فركارا فرتام نية وقت ممباسوه سوات جزؤ درفد بدن انيله لفظ نية مندي يڠواجب سام ادا مندي حيض اتو نفاس اتو ولادة اتو جنابة نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الأَكْبَرِ عَنْ جَمِيْعِ الْبَدَنِ فَرْضًا عَلَيَّ لِلهِ تَعَالَى

Akhiran

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لَا اِلهَ اِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لَا يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتًا وَلَا حَيَاتًا وَلَا نُشُوْرًا تم

(موك سورة أخير دان سبلومڽ سديكيت)


تله سلسيلة درفد مطبعكن رسالة اين بحمد الله وعونه فد هاري خميس امفة هاري بولن ذو القعده فوكل تيك يڠ درفد تاهن سريب تيك راتس دو فوله امفة درفد هجرة المحمدية على صاحبها افضل الصلاة واكمل التحية امين ۱۳۲۴

(هلاين أخير)

Bahasa, tulisan dan jilid
Bahasa
Bahasa Melayu
Jumlah Perkataan Dalam Baris
4 - 9 perkataan
Bilangan Baris Setiap Halaman
Majoriti: 12 baris, Muka surat 22 dan 28: 11 baris, Muka surat akhir (30): 5 baris, Helaian pertama: 8 baris, Helaian akhir: 7 baris
Warna Dakwat
Hitam
Jenis Khat
Tidak pasti
Jenis Kulit Naskhah
Kertas
Bilangan Jilidan
1
Warna Kulit
Putih
Jenis Kertas
Anyaman
Tera Air
Tiada maklumat
Nombor, sejarah dan catatan
Nombor Asal
1984.259 (22)
Nombor di UniSZA
PPM01.LMNT.03
Tamalluk / Hak Milik

Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Catatan

Naskhah ini berkaitan ilmu fiqah yang memfokuskan kepada panduan solat fardhu dan sunat untuk kanak-kanak.

Naskhah ini dimulakan dengan menyatakan fardhu (rukun) mandi wajib, diikuti rukun wuduk. Doa-doa yang sunat dibaca juga turut dinyatakan seperti doa selepas berwuduk dan selesai mendengar azan.

Setiap bacaan di dalam solat yang wajib dan sunat serta doa yang dinyatakan ditulis dengan lengkap beserta baris. Jika perlu dibaca bacaan dan doa tersebut lebih daripada sekali, bilangannya turut dinyatakan seperti bacaan ketika rukuk sebanyak 3 kali.

Terdapat juga doa nisfu sya’ban dan niat puasa Ramadhan.

Di akhir naskhah ini terdapat istighfar yang ditulis sebelumnya: اين توبة


Muka surat 12 dan 22 berulang 2 kali.