1. Risalah tubayyin Mulâhaẓah al-Muwahhid wa al-Mulhid fi Dhikr Allâh, 2. Qawâ’id al-Fawâ’id Fîmâ Lâbudda min al-‘Aqâ’id, 3. Amar al-Nabighâ, 4. Baitayn, 5. [Tauhid], 6. ; Tuhfah al-Mursalah ilâ al-Nabiy, 7. Ma‘lûmât, 8. ; Bayân Allâh, 9. [Tasawuf], 10. Fushush al-Ma‘rifah, 11. Intifâ’ al-Ma‘rifah, 12. Umar al-Nasghi, 13. ; Al-Aqwâl al-Jaliyyah bi Sharh al-Wasîlah wa al-Mas’ûl, 14. al-Marqûm, 15. Asrâr al-Insân, 16. Futûhât al-Ilahiyah, 17. Mir’at al-‘Ârifîn, 18. Jawhar al-Haqâ’iq, 19. Bahr al-Lâhût, 20. Fath al-Rahman bi Syarh Risâlah al-Walî al-Ruslân, 21. Al-Mawâhib al-Mustarsilah, 22. Tanbîh al-Mâsyi

1. Syamsuddin al-Sumatera'i 6. Muhammad Ibnu Shaykh Fadhl Allâh al-Burhanpuri 12. Umar al-Nasghi 13. ‘Alī ibn ‘Abd al-Qādir al-Ḥusaynī al-Ṭabarī 15. Nuruddin al-Raniri 18. Syamsuddin al-Sumatera'i 19. Abdullah al-'Arif 20. Abû Yahya Dhakariyya al-Anshâri 21. Abdurrauf Singkel

Manuskrip
Akses terhad
Katalog MY
4 tontonan Simpan

Manuskrip

Halaman ini telah lama dibuka, atau anda telah dilog keluar. Muat semula untuk terus membaca.
Membuka manuskrip… Memuatkan halaman …
Menyediakan halamanMemuatkan halaman …

Halaman ini masih disediakan.

Halaman ini tidak dapat dimuatkan.

Akses terhad

Mohon akses manuskrip ini

Log masuk atau daftar sebagai penyelidik, kemudian hantar permohonan untuk membaca manuskrip ini.

  • Baca setiap halaman manuskrip/dokumen terbuka
  • Simpan item untuk dibaca semula
  • Mohon akses kepada manuskrip/dokumen terhad

Sumber

Surau Intellectual for Conservation (SURI)

Katalog

Disemak oleh pengesah pada 18 November 2026.

Pengarang dan judul
Nama Pengarang
1. Syamsuddin al-Sumatera'i 6. Muhammad Ibnu Shaykh Fadhl Allâh al-Burhanpuri 12. Umar al-Nasghi 13. ‘Alī ibn ‘Abd al-Qādir al-Ḥusaynī al-Ṭabarī 15. Nuruddin al-Raniri 18. Syamsuddin al-Sumatera'i 19. Abdullah al-'Arif 20. Abû Yahya Dhakariyya al-Anshâri 21. Abdurrauf Singkel
Judul Manuskrip
1. Risalah tubayyin Mulâhaẓah al-Muwahhid wa al-Mulhid fi Dhikr Allâh, 2. Qawâ’id al-Fawâ’id Fîmâ Lâbudda min al-‘Aqâ’id, 3. Amar al-Nabighâ, 4. Baitayn, 5. [Tauhid], 6. ; Tuhfah al-Mursalah ilâ al-Nabiy, 7. Ma‘lûmât, 8. ; Bayân Allâh, 9. [Tasawuf], 10. Fushush al-Ma‘rifah, 11. Intifâ’ al-Ma‘rifah, 12. Umar al-Nasghi, 13. ; Al-Aqwâl al-Jaliyyah bi Sharh al-Wasîlah wa al-Mas’ûl, 14. al-Marqûm, 15. Asrâr al-Insân, 16. Futûhât al-Ilahiyah, 17. Mir’at al-‘Ârifîn, 18. Jawhar al-Haqâ’iq, 19. Bahr al-Lâhût, 20. Fath al-Rahman bi Syarh Risâlah al-Walî al-Ruslân, 21. Al-Mawâhib al-Mustarsilah, 22. Tanbîh al-Mâsyi
Bilangan Kitab Dalam Naskhah
22
Keadaan dan halaman
Keadaan Manuskrip
Baik
Jumlah Halaman
486
Jumlah Jilid
1
Pernomboran Halaman
Kata Penarik
Awalan dan akhiran
Awalan

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله حق حمده والصلوة و السلام علي من لا نبي من بعده محمد و اله و صحبهاجمعين, وبعد فقال العبد الفقير الي الله تعالى شمس الدين ابن عبد الله

Akhiran

تمت الرسالة المسماة بتتبيه الماشي المنسوب الي طريق القشاشي لاصغر تلامذه الراجي عفف ربه الكريم الشافي عبد الروف ابن علي الجاوي غفر الله له ولوالديه

Bahasa, tulisan dan jilid
Bahasa
Bahasa Arab
Jumlah Perkataan Dalam Baris
7-11
Bilangan Baris Setiap Halaman
15
Warna Dakwat
Hitam dan merah
Jenis Khat
Nasakh
Bilangan Jilidan
1
Jenis Kertas
Laid atau Kertas Eropah
Nombor, sejarah dan catatan
Nombor Asal
DS 0059 Surau Latiah.DS 0059 00008
Nombor di UniSZA
PPM09.SURI.809
Catatan
  1. Teks ini membicarakan persoalan tasawuf. Kandungannya menjelaskan tentang zikir lā ilāha illā Allāh menurut perspektif orang yang bertauhid dan orang yang sesat. Teks ini turut menghuraikan tingkatan pemahaman terhadap makna zikir lā ilāha illā Allāh bagi golongan mubtadi, mutawassiṭah dan muntahi.
  2. Teks ini membicarakan ilmu Usuluddin. Pada bahagian awal, teks menjelaskan bahawa Usuluddin merupakan ilmu yang membincangkan iktikad yang wajib bagi mukalaf. Seterusnya, teks membincangkan persoalan mengenal Allah dan mengesakan-Nya, kemudian diteruskan dengan perbahasan tentang iman dan taubat.
  3. Teks ini membicarakan persoalan tasawuf. Teks ini merupakan syarah terhadap syair Ibn Arabi.
  4. Teks ini membicarakan persoalan tasawuf. Teks ini merupakan syarah terhadap ungkapan-ungkapan dalam syair Ibn Arabi. Pada bahagian pertama, teks menghuraikan ungkapan “aku adalah kamu dalam segala-galanya”.
  5. Teks ini membicarakan persoalan tauhid. Teks ini menjelaskan pandangan Muhammad Ibn Hamzah bin Muhammad ʿUthmānī yang masyhur dengan al-Ghifārī tentang hakikat tauhid. Perbahasannya meliputi persoalan wujud, ilmu, nur dan syuhud.
  6. Teks ini membicarakan persoalan tasawuf. Secara umumnya, teks menghuraikan konsep wujudiyah melalui doktrin martabat tujuh. Teks ini merupakan antara teks yang berjaya menginterpretasikan konsep wujudiyah Ibn Arabi.
  7. Teks ini membicarakan pengetahuan tentang wujud Allah yang diterjemahkan daripada bahasa Parsi ke dalam bahasa Arab. Maksud maʿlūmāt dalam judul kemungkinan berkaitan dengan pengetahuan tentang Tuhan, iaitu maʿlūmāt li-nafsihi dan maʿlūmāt li-ghayrihi. Perbahasannya secara umum berkaitan dengan makna ʿishq, ʿāshiq dan maʿshūq dalam pengertian sufi, bukan dalam pengertian sastera seperti yang lazim difahami.
  8. Teks ini membicarakan penjelasan tentang ilmu tasawuf. Teks ini mengandungi penjelasan Shaykh Yusuf Ibn Muhammad al-Makkiyyah. Kandungannya menghuraikan persoalan wujud Allah yang disokong dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW.
  9. Teks ini membicarakan pengetahuan bagi para salik tentang ungkapan dan pandangan ahli wujudiyah. Kandungannya menghuraikan konsep wājib, ʿadam al-mumkin dan ʿadam al-maḥḍ. Dalam perbahasannya turut terdapat penjelasan tentang konsep ʿishq, ʿāshiq dan maʿshūq.
  10. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Teks membincangkan makrifat terhadap zat, sifat dan af‘al. Perbahasannya dibahagikan kepada tiga bab, iaitu bab pertama tentang zat mutlak, bab kedua tentang sifat, dan bab ketiga tentang af‘al.
  11. eks ini membicarakan ilmu tasawuf. Kandungannya merangkumi perbahasan tentang zikir, muraqabah, tawajjuh dan musyahadah. Seterusnya, teks mengaitkan perbahasan tersebut dengan maqam orang-orang arif, yang kemudiannya diakhiri dengan penjelasan tentang zikir, muraqabah dan tawajjuh.TtT
  12. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Kandungannya menghuraikan konsep mengenal diri sebagai jalan untuk mengenal Tuhan. Perbahasan ini dikaitkan dengan ungkapan “barang siapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya”.
  13. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Teks ini merupakan syarah kepada kitab Tuḥfat al-Mursalah karya Muḥammad ibn Faḍl Allāh al-Burhānpūrī. Kandungannya membincangkan konsep martabat tujuh.
  14. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Kandungannya menghuraikan sebahagian pengetahuan serta hal ehwal yang dinisbahkan kepada wujud dan ʿadam. Teks ini disusun dalam bentuk mukadimah, perbahasan yang terdiri daripada tiga fasal, dan penutup.
  15. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Kandungannya menghuraikan rahsia manusia dalam mengenal roh dan makrifatullah. Huraian dalam teks turut memetik pandangan sebahagian ulama ahli makrifat, ulama mutakallimin dan tokoh-tokoh ulama yang lain.
  16. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Kandungannya menghuraikan pelbagai tema, antaranya ilmu laduni, kasyaf dan musyahadah. Teks ini diakhiri dengan perbahasan tentang syarat-syarat seorang murid yang menerima talqin tarekat.
  17. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Dari segi kandungannya, teks ini membincangkan hakikat Surah al-Fatihah. Menariknya, perbahasan tentang hakikat Surah al-Fatihah tersebut dikaitkan dengan konsep wujudiyah.
  18. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Teks ini dilengkapi dengan mukadimah dan pembahagian kepada tujuh bab. Pada bahagian akhir teks terdapat nasihat agar berpegang teguh kepada Allah.
  19. Teks berbicara tentang ilmu tasawuf. Teks berbicara tentang kosmologi dalam prespektif tasawuf. Teks dimulai dengan menjelaskan tentang penciptaan alam tatakala Tuhan hendak menyatakan zat dan sifatnya, kemudian lanjut kepada Nur Muhammad dan seterusnya.
  20. Teks ini membicarakan ilmu tauhid. Teks ini merupakan syarah kepada kitab tauhid yang ditulis oleh Shaykh Ruslan. Teks dimulai dengan perbahasan tentang syirik, kemudian tauhid, iman dan syirik, serta perbahasan-perbahasan lain yang berkaitan.
  21. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf falsafi. Teks ini merupakan syarah kepada kitab Tuḥfat al-Mursalah karya al-Burhānpūrī. Tuḥfat al-Mursalah merupakan kitab yang membicarakan konsep martabat tujuh.
  22. Teks ini membicarakan ilmu tasawuf. Kandungannya menghuraikan persoalan wujudiyah. Teks ini turut memuatkan pelbagai pandangan ulama tasawuf falsafi dan ulama tasawuf amali berkaitan dengan konsep wujudiyah.